jibrilselamat

Khir Toyo Ragui Hadi dan Nik Aziz

In Uncategorized on February 9, 2010 at 1:13 am

Ketua Pembangkang DUN Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo menegaskan bahawa keterbukaan Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Datuk Seri, Dr Abdul Hadi Awang dikhuatiri boleh berubah sekelip mata apabila ada campur tangan lain – sama ada di dalam PAS mahu pun dalam Pakatan Rakyat.

Bekas menteri besar Selangor itu mengulas kenyataan Nik Aziz yang juga mursyidul am PAS yang mahu Umno dan PAS menghentikan pertelagahan mengenai politik, sebaliknya duduk semeja bagi membincangkan isu-isu berkaitan agama Islam.

Saranan Nik Aziz itu disokong oleh Abdul Hadi yang juga presiden PAS yang menyatakan parti itu bersedia untuk berbincang dengan Umno dalam perkara yang parti pembangkang tersebut dapat bekerjasama, termasuk isu yang berkaitan dengan keselamatan negara, ekonomi, agama dan politik.

Menulis dalam blognya, Dr Mohd Khir menegaskan bahawa pendirian pimpinan PAS dalam beberapa isu sebelum ini termasuk isu kalimah Allah dan kerajaan perpaduan bertukar arah sebaik menjadi isu besar dan dibincangkan dalam jawatankuasa pusat PAS.

“Justeru saya menyarankan agar keputusan untuk mengadakan perbincangan, musyawarah atau muzakarah dengan Umno mengenai isu Islam ini diputuskan oleh Jawatankuasa pusat PAS terlebih dahulu. 

“Ini kerana telah kerap kali PAS berubah pandangan sebaik selepas mesyuarat jawatankuasa pusatnya,” tulis mantan menteri besar Selangor itu.

Menurutnya, perbincangan PAS-Umno tidak ada salahnya dan tidak sepatutnya ada mana-mana pihak, sama ada dalam Umno mahupun PAS yang merasakan jatuh kedudukan atau martabat. 

“Ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya, apatah lagi jika ia untuk kepentingan agama Islam di negara ini.

“Mungkin buat permulaan, jika sukar di peringkat parti induk, saya cadangkan pemuda Umno dan PAS memulakan langkah awal. 

“Kita sedar apa gerakan pun agak molek ia dimulakan dengan golongan muda. Janganglah sampai yang tua bergaduh, yang muda pula kuat berbalah. 

“Jika ini berlaku nampak sangatlah kita tidak mengikuti ajaran agama Islam yang amat mengutamakan perpaduan,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: