jibrilselamat

Hadi Sedia PAS Berbincang Dengan UMNO

In Uncategorized on February 7, 2010 at 12:55 am

PAS bersedia untuk berbincang dengan Umno dalam perkara yang parti pembangkang tersebut dapat bekerjasama, termasuk isu yang berkaitan dengan keselamatan negara, ekonomi, agama dan politik, kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata amalan tersebut telah menjadi dasar PAS, yang berpanjangan secara praktikal, di mana kepimpinan parti mengemukakan pandangan serta pendirian mereka terhadap sesuatu isu.

“Kita tidak berperang. Kita berhujah, berdebat dan berbincang namum kita akan tegur kerajaan dalam perkara yang kita tidak bekerjasama,” katanya.

Abdul Hadi memberitahu demikian dalam sidang media sempena lawatan beliau ke Sarawak untuk meninjau persediaan PAS dalam menghadapi pilihan raya negeri yang akan datang, di Kuching hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat yang mahu Umno dan PAS menghentikan pertelagahan mengenai politik, sebaliknya duduk semeja bagi membincangkan isu-isu berkaitan agama Islam.

Mengenai pilihan raya negeri, beliau berkata PAS belum lagi menentukan jumlah kerusi dewan undangan negeri yang bakal ditandingi dan akan berbincang dengan Pakatan Rakyat untuk membuat pembahagian secara strategik.

– Bernama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: