jibrilselamat

Archive for 2010|Yearly archive page

Nik Aziz nafi syarikat balak derma pada kerajaan Kelantan

In Uncategorized on April 4, 2010 at 11:44 pm

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menafikan kerajaan negeri mengenakan syarat bagi setiap syarikat yang ingin mendapatkan konsesi balak mesti menghulurkan derma kepada kerajaan negeri pimpinan PAS itu.

“Bukan menjadi dasar kerajaan meminta mana-mana syarikat yang mendapat konsesi balak menghulurkan derma atau bantuan kepada kerajaan negeri. Ini tak ada dalam pengetahuan saya,” katanya kepada pemberita di Kota Bharu.

Sebelum itu beliau menyempurnakan upacara pelepasan konvoi 1,300 motosikal berkuasa tinggi di perkarangan Stadium Sultan Mohammad ke-IV, lapor Bernama.

Beliau diminta mengulas mengenai laporan blog Kickdefella yang menyebut kononnya setiap pihak yang memohon kawasan balak dan segala derma yang dijanjikan akan dimaklumkan di dalam mesyuarat exco.

Blog itu mendakwa ini termasuk modus operandi bagi permohonan tanah hutan untuk tujuan perladangan.

Bagaimanapun, Nik Aziz menempelak penulis blog terbabit yang menurutnya cuba menimbulkan isu itu sambil melahirkan perasaan dukacitanya dengan sikap penulis blog yang menulis sesuka hati dan bukan menyebarkan ilmu pengetahuan.

Sebelum ini, Nik Aziz yang juga pengerusi jawatankuasa perhutanan negeri menyifatkan penulis blog sebagai kedai kopi bergerak yang membincangkan perkara-perkara sama ada untuk kebaikan dan keburukan sesuatu pihak.

In Uncategorized on March 17, 2010 at 3:24 pm

Kalau sebelum ini menantunya,Ariffahmi Abdul Rahman menjadi sasaran hingga akhirnya gugur jawatan sebagai Ketua Pegawai Ekskutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK),kali ia ditujukan secara langsung terhadap Datuk Nik Aziz Nik Mat sendiri.

Sudah tiga hari berlalu sejak Syed Azidi Syed Aziz @ Kickdefella membuat dakwaan terbaru yang serius terhadap kredibiliti Menteri Besar Kelantan itu…namun kerajaan PAS Kelantan masih menyepi. 

Dakwaan itu berkaitan modus operandi pemberian kawasan balak kepada orang yang dikatakan rapat dengan Nik Aziz dan bagaimana ia di AliBabakan. 

Syed Azidi,bekas pegawai PMBK ,mendakwa anak kepada Razak Abas,lelaki yang dibebaskan oleh mahkamah setelah didakwa dalam kes selak kain terhadap seorang ahli Puteri UMNO semasa kempen pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri Anak Bukit di Kedah pada tahun 2002 mendapat limpahan nikmat.

KLIK DI SINI UNTUK KE LAMAN BLOG KICKDEFELLA MENGIKUTI SEPENUHNYA APA YANG DIDAKWANYA KALI INI – 17/3/2010

Nik Aziz Lulus Atas Angin RM200,000 Kepada Anak Saudara Razak Abas

In Uncategorized on February 25, 2010 at 11:35 am

Suara Rakyat terus tidak berpuas hati dengan SPRM walaupun Datuk Shukri Abdull cuba membuat kenyataan menepiskan rungutan terhadap SPRM Kelantan yang dibuat di dalam blog ini. Read the rest of this entry »

SPRM Pro PAS : Siasatan Kes Nik Aziz Terbengkalai

In Uncategorized on February 21, 2010 at 10:04 pm


YAB. Tuan Guru Dato’ Menteri Besar Kelantan, Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat boleh selesa duduk bergoyang kaki apabila mendapat simpati daripada Pegawai Tinggi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Kelantan.

Sumber dalaman SPRM Kelantan sendiri mengakui kepada Suara Rakyat bahawa Nik Aziz sepatutnya sudah didakwa berkaitan dengan dua pertuduhan yang dibuat terhadapnya. Tuduhan tersebut ialah,
Read the rest of this entry »

Khir Toyo Ragui Hadi dan Nik Aziz

In Uncategorized on February 9, 2010 at 1:13 am

Ketua Pembangkang DUN Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo menegaskan bahawa keterbukaan Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Datuk Seri, Dr Abdul Hadi Awang dikhuatiri boleh berubah sekelip mata apabila ada campur tangan lain – sama ada di dalam PAS mahu pun dalam Pakatan Rakyat. Read the rest of this entry »

Hadi Sedia PAS Berbincang Dengan UMNO

In Uncategorized on February 7, 2010 at 12:55 am

PAS bersedia untuk berbincang dengan Umno dalam perkara yang parti pembangkang tersebut dapat bekerjasama, termasuk isu yang berkaitan dengan keselamatan negara, ekonomi, agama dan politik, kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Read the rest of this entry »

Hello world!

In Uncategorized on February 6, 2010 at 6:25 am

Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!