jibrilselamat

Nik Aziz nafi syarikat balak derma pada kerajaan Kelantan

In Uncategorized on April 4, 2010 at 11:44 pm

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menafikan kerajaan negeri mengenakan syarat bagi setiap syarikat yang ingin mendapatkan konsesi balak mesti menghulurkan derma kepada kerajaan negeri pimpinan PAS itu.

“Bukan menjadi dasar kerajaan meminta mana-mana syarikat yang mendapat konsesi balak menghulurkan derma atau bantuan kepada kerajaan negeri. Ini tak ada dalam pengetahuan saya,” katanya kepada pemberita di Kota Bharu.

Sebelum itu beliau menyempurnakan upacara pelepasan konvoi 1,300 motosikal berkuasa tinggi di perkarangan Stadium Sultan Mohammad ke-IV, lapor Bernama.

Beliau diminta mengulas mengenai laporan blog Kickdefella yang menyebut kononnya setiap pihak yang memohon kawasan balak dan segala derma yang dijanjikan akan dimaklumkan di dalam mesyuarat exco.

Blog itu mendakwa ini termasuk modus operandi bagi permohonan tanah hutan untuk tujuan perladangan.

Bagaimanapun, Nik Aziz menempelak penulis blog terbabit yang menurutnya cuba menimbulkan isu itu sambil melahirkan perasaan dukacitanya dengan sikap penulis blog yang menulis sesuka hati dan bukan menyebarkan ilmu pengetahuan.

Sebelum ini, Nik Aziz yang juga pengerusi jawatankuasa perhutanan negeri menyifatkan penulis blog sebagai kedai kopi bergerak yang membincangkan perkara-perkara sama ada untuk kebaikan dan keburukan sesuatu pihak.

In Uncategorized on March 17, 2010 at 3:24 pm

Kalau sebelum ini menantunya,Ariffahmi Abdul Rahman menjadi sasaran hingga akhirnya gugur jawatan sebagai Ketua Pegawai Ekskutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK),kali ia ditujukan secara langsung terhadap Datuk Nik Aziz Nik Mat sendiri.

Sudah tiga hari berlalu sejak Syed Azidi Syed Aziz @ Kickdefella membuat dakwaan terbaru yang serius terhadap kredibiliti Menteri Besar Kelantan itu…namun kerajaan PAS Kelantan masih menyepi. 

Dakwaan itu berkaitan modus operandi pemberian kawasan balak kepada orang yang dikatakan rapat dengan Nik Aziz dan bagaimana ia di AliBabakan. 

Syed Azidi,bekas pegawai PMBK ,mendakwa anak kepada Razak Abas,lelaki yang dibebaskan oleh mahkamah setelah didakwa dalam kes selak kain terhadap seorang ahli Puteri UMNO semasa kempen pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri Anak Bukit di Kedah pada tahun 2002 mendapat limpahan nikmat.

KLIK DI SINI UNTUK KE LAMAN BLOG KICKDEFELLA MENGIKUTI SEPENUHNYA APA YANG DIDAKWANYA KALI INI – 17/3/2010

Nik Aziz Lulus Atas Angin RM200,000 Kepada Anak Saudara Razak Abas

In Uncategorized on February 25, 2010 at 11:35 am

Suara Rakyat terus tidak berpuas hati dengan SPRM walaupun Datuk Shukri Abdull cuba membuat kenyataan menepiskan rungutan terhadap SPRM Kelantan yang dibuat di dalam blog ini.