Suara Rakyat terus tidak berpuas hati dengan SPRM walaupun Datuk Shukri Abdull cuba membuat kenyataan menepiskan rungutan terhadap SPRM Kelantan yang dibuat di dalam blog ini.
Seperti dijanjikan, Suara Rakyat akan terus pendedahan dengan bukti salah laku dan amalan kronisme Nik Aziz, Mursyidul Am PAS.
Pada 24 Aug 2009, Nik Aziz menandatangani satu perjanjian dengan sebuah syarikat bernama RED CARPET WORLDWIDE Sdn Bhd. Syarikat ini mendapat kontrak tanpa tender untuk menganjurkan sebuah pesta bernama Kelantan Fiesta 2009.
Red Carpet dimiliki oleh anak saudara Razak Abas, kroni besar Nik Aziz. Razak Abas adalah pemain balak terbesar di Kelantan yang sering mendapat balak menerusi salah satu dari 36 buah syarikat miliknya.
Red Carpet berjanji untuk mendapatkan pulangan bernilai RM3,000,000 bagi Perbadanan Menteri Besar Kelantan yang di Pengerusikan oleh Nik Aziz. Kos menganjurkan Kelantan Fiesta 2009 akan ditanggung sepenuhnya oleh Red Carpet sendiri menerusi wang yang dipungut daripada Kementerian Kerajaan, Penaja dan penyertaan.
Walaubagaimanapun, PMBK perlu memberi RM200,000.00 kepada Red Carpet bagi kos melangsungkan majlis soft launch. Program Kelantan Fiesta 2009 dirancang pada Oktober 2009.
Atas kelulusan Nik Aziz, PMBK telah dipaksa membayar RM120,000 kepada Red Carpet sebelum kontrak ditandatangani oleh kedua-dua pihak. Manakala baki RM80,000 pula dibayar sebaik kontrak ditandatangani.
Sehingga hari ini, PMBK atas arahan Nik Aziz telah membayar RM200,000 semuanya. Tetapi program Kelantan Fiesta terus terbengkalai. Tiada keputusan rasmi bila program itu akan berlangsung.
Lebih dari itu, Red Carpet tidak pernah memberi walau satu ringgit kepada PMBK.
Suara Rakyat mahu ada pihak yang dipertanggungjawabkan diatas kehilangan RM200,000 itu bagi sebuah program yang terus menjadi misteri.
Segala dokumen ini berada pada SPRM Kelantan tetapi tidak ada sebarang tindakan susulan berhubung dengannya.

























SPRM kena beri press statement. Jangan sampai rakyat hilang kepercyaan. Kes pegawai SPRM ke na dakwa pun dah ada. Bukan nak tuduh. Telus dan amanah.